Empayar Awal Melaka

Monday 4 June 2012

KEGEMILANGAN MELAKA

Perluasan Kuasa


  1. Perluasan kuasa bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasa dan
    pengaruhnya ke jajahan lain untuk membentuk sebuah empayar
  2. Melalui perl;uasan kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur dan maju
    kerana dapat menguasai hasil ekonomi dari jajahan yang ditaklukinya
Cara-cara Perluasan kuasa
Perluasan Kuasa Melalui Peperangan
  1. Kerajaan Melayu Melaka mula menjalankan dasar perluasan kuasa pada zaman
    pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
  2. Bendahara Tun Perak adalah orang yang bertanggungjawab menjalankan dasar
    perluasan kuasa kerajaan Melayu Melaka
  3. Kerajaan Melayu Melaka menjalankan dasar perluasan kuasa ini dengan melancarkan
    serangan ke atas wilayah lain
  4. Antara kawasan yang ditakluki oleh Melaka ialah merangkumi Pahang, Pantai Barat
    Semenanjung dari Perak hingga ke Johor, Singapura, Kepulauan Riau Lingga,
    Kampar dan sebahagian besar Pantai Timur
  5. Setelah menguasai wilayah-wilayah tersebut untuk mengekalkan kuasanya Kerajaan
    Melaka telah menyerahkan wilayah-wilayah ini kepada pembesar-pembesar yang
    banyak berjasa
  6. Sebagai contoh, Pahang yang ditakluki telah diserahkan kepada Sri Bija Diraja untuk
    mentadbir wilayah tersebut
  7. Kejayaan perluasan kuasa ini disebabkan oleh kebijaksanaan sultan mengatur
    stratregi serta dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban

Perluasan Kuasa Melalui Campur Tangan
  1. Melaka juga memperluaskan kuasanya melalui cara campur tangan dalam
    persengketaan politik di negeri yang menjadi saingannya
  2. Melaka telah campur tangan politik kerajaan Pasai iaitu dengan membantu Sultan
    Pasai iaitu Sultan Zainal Abidin apabila adiknya cuba merampas kuasanya
  3. Melaka juga membantu Pasai untuk kali kedua apabila Pasai berperang dengan Aru
    dan Aru dapat dikalahkan.
  4. Pasai yang berhutang budi kepada Melaka seterusnya mengakui kekuasaan Melaka
    walaupun Pasai adalah setaraf dengan Melaka

Perluasan Kuasa Melalui Perkahwinan
  1. Melaka juga berjaya memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke wilayah-wilayah
    di sekitarnya dengan mengahwinkan putera-puterinya kepada putera-putera raja wilayah
    sasaran
  2. Sebagai contoh, Sultan Melaka telah mengahwinkan puterinya dengan kerabat
    diraja Pahang dan Kampar untuk mengeratkan perhubungan di antara
    kedua-dua negara
  3. Sultan Melaka juga telah mengahwini puteri raja yang kalah dalam peperangan iaitu
    Sultan Mahmud Shah telag mengahwini puteri Sultan kelantan setelah Kelantan dapat
    dikalahkan
  4. Melalui cara ini hubungan baik dapat dipelihara disamping dapat mengukuhkan lagi
    pengaruh Melaka

Perluasan Kuasa Melalui Kerelaan
  1. Terdapat juga negeri-negeri yang secara rela hati meminta perlindungan dan ingin
    mempertahankan Melaka
  2. Negeri-negeri ini mahu berlindung di bawah kekuatan Kerajaan Melaka
  3. Antara negeri-negeri itu ialah Jambi, Lingga, Patani dan Kedah
  4. Negeri-negeri ini dikehendaki membayar ufti dan memberi hadiah kepada
    Kerajaan Melaka
_______________________________________________

Peranan Pemimpin Dalam Perluasan Kuasa
  1. Menjelang abad ke-15, Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang kuat
    di Kepulauan Melayu. Empayar Melaka meliputi seluruh kawasan Semenanjung
    Tanah Melayu dan negeri-negeri Pantai Timur Sumatera seperti Kampar, Siak
    Inderagiri, Rokan, Jambi, Pulau Karimun dan Kepulauan Riau Lingga
  2. Penguasaan Klang di sebelah barat Semenanjung Tanah Melayu dan penguasaan
    Rokan dan Siak di Pantai Timur Sumatera telah memudahkan Melaka mengawal
    Selat Melaka sepenuhnya
  3. Kejayaan Kerajaan Melayu Melaka memperluaskan kuasanya kerana mempunyai
    beberapa pemimpin dalam yang berwibawa seperti Sultan Muzaffar Shah.
    Sultan Mansor Shah dan Sultanb alauddin Riayat Shah dan Tun Perak.

Kepimpinan Sultan Muzaffar Shah (1446-1459)
  1. Sultan Muzaffar Shah (1446 - 1459) ialah raja Melaka yang pertama menggunakan
    gelaran sultan
  2. Baginda telah berjaya menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan pembesar
    Melaka iaitu antara Tun Perak dan Bendahara Tun Ali, iaitu bapa saudara baginda
    Perbalahan ini terdiri daripada orang Melayu dan India Muslim
  3. Baginda berpendapat Tun Perak merupakan calon yang lebih layak untuk menyandang
    jawatan Bendahara
  4. Untuk menyatukan kedua-dua belah pihak yang berpecah, baginda memujuk
    Tun Ali supaya meletakkan jawatan sebagai Bendahara
  5. Sebagai balasan baginda berkorban menceraikan permaisurinya Tun Kudu
    untuk dikahwinkan dengan Tun Ali
  6. Langkah ini ternyata dapat mengeratkan hubungan kedua-dua pihak kerana
    Tun Kudu adalah kakak kepada Bendahara Tun Perak.
  7. Sultan Muzaffar Shah juga bijak bertindak ketika menghadapi serangan Siam iaitu
    dengan menghantar Tun Perak untuk mematahkan serangan tersebut dan strategi
    baginda baginda berjaya
  8. Baginda juga mengadakan hubungan diplomatik dengan China yang menyebabkan
    kedudukan Melaka bertambah kuat dan diiktiraf oleh negara China dan negara lain

Kepimpinan Sultan Mansor Shah (1459 - 1477)
  1. Semasa pemerinthan baginda, Melaka telah mencapai Zaman kegemilangannya
  2. Pada zaman pemerintahan baginda, lahir beberapa pahlawan agung Melaka
    seperti hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi
  3. Kerajaan Melayu Melaka juga berjaya melaksanakan penaklukan dengan jayanya
    dan antaranya:

    a.Bernam dan Perak (Semenanjung Tanah Melayu)
    b.Siak (Pantai timur Sumatera)
  4. Sultan Mansor Shah juga mengagalkan usaha Kampar, Inderagiri dan Pahang untuk
    membebaskan diri daripada kekuasaan Melaka.

Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488)
  1. Baginda adalah seorang pemimpin yang memetingkan keamanan dan pentadbiran negara
  2. Kepimpinan baginda mencontohi pemimpin Islam Khalifah Umar al-Khatab. Dalam
    buku Sejarah Melayu baginda digambarkan sebagai seorang raja yang gagah
  3. Baginda sangguip keluar menyamar pada waktu malam untuk meronda dan melihat
    sendiri keadaan dalam negerinya.
  4. Tindakan baginda menyebabkan Temenggung mengadakan kawalan keselamatan
    yang lebih ketat dan rapi di Melaka
  5. Tinbdakan ini menyebabkan ramai pencuri ditangkap dan dibunuh. Masalah
    jenayah di Melaka dapat ditangasni dan Melaka kembali aman
  6. Keamanan dalam negeri telah membolehkan beginda menumpukan perhatian kepada
    perluasan kuasa
  7. Baginda telah memilih Laksamana Hang Tuah yang gagah berani untuk menyerang Aru
    dan telah memperoleh kemenangan

Kepimpinan Tun Perak
  1. Selain sultan-sultan yang berwibawa, kerajaan Melayu Melaka juga mempunyai
    pembesar-pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir negara
  2. Tun Perak adalah Bendahara Melaka yang termasyhur
  3. Pada zaman Bendahara Tun Perak, Melaka telah meluaskan wilayahnya hingga
    menjadi sebuah empayar sehingga beliau digelar Pembina Empayar
  4. Beliau digelar 'Pelantik Raja' kerana mempunyai pengaruh besar ke atas perlantikan
    sultan selepas kemangkatan Raja Seri Maharaja
  5. Sebelum dilantik sebagai Bendahara Melaka Tun Perak memegang jawatan
    Penghulu di Klang
  6. Tun Perak telah berjaya mematahkan dua serangan Siam iaitu pada tahun 1445 dan
    1456

Peristiwa peristiwa semasa pentadbiran Tun Perak

Peristiwa Serangan Siam 1445
  1. Dalam peperangan ini Tun Oerak membawa pengikutnya bersama-sama anak dan
    isteri ke Melaka untuk mempertahankan Kota Melaka
  2. Tindakan beliau tersebut menyebabkan pengikut-pengikutnya berjuang bermati-matian.
    mempertahankan Melaka

Peristiwa Serangan Siam 1456
  1. Tun Perak membawa tenteranya ke Batu Pahat
  2. Beliau telah mengarahkan supaya askarnya menggunakan perahu-perahu kecil
    sebagai muslihat perang
  3. Tindakanya itu menyebabkan pihak Siam sukar mengejar tentera Melaka
  4. Beliau mengarahkan beratus-ratus jamung diikat pada pokok di sepanjang pantai oleh
    tentera
  5. Tentera Siam menyangka bilangan tentera Melaka terlalu ramai berbanding tentera
    Siam
  6. Tentera Siam membatalkan niat untuk menyerang, lalu pulang ke Siam

Peristiwa Serangan ke atas Pahang
  1. Tun Perak juga telah mengetuai serangan ke atas Pahang
  2. Pahang ketika itu di bawah naungan Siam
  3. Tun Perak berjaya dalam serangan serangan tersebut dan Pahang menjadi tanah
    jajahan Melaka

Peristiwa Pembunuhan Tun Besar
  1. Tun Perak adalah pemimpin yang taat setia pada raja. Beliau tidak menderhaka atau
    menuntut bela apabila Raja Mahmud, putera Sultan Mansor Shah membunuh anak
    beliau Tun Besar
  2. Kejadian itu berlaku akibat bola raga yang disepak oleh Tun Besar terkena tanjak
    Raja Mahmud
  3. Tun Perak tidak menuntut bela malah melarang pengikutnya bertindak ke atas Raja
    mahmud. Beliau berkata 'Adat hamba orang Melayu tidak pernah derhaka tetapi akan
    kita pertuankan raja seorang ini janganlah'
  4. Raja Mahmud tidak dilantik menjadi Sultan Melaka. Baginda dihantar ke Pahang dan
    ditabalkan menjadi Sultan Pahang
  5. Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan keamanan dalam Melaka serta kesetiaan
    rakyat kepada Sultan Melaka

Kesan Perluasan Kuasa
  1. Perlusan kuasa Melaka telah membawa beberapa kesan iaitu

    a. Sumber kekayaan wilayah yang ditakluki dapat dikuasai

    b. Perdagangan di pelabuhan Melaka menjadi semakin maju dan pesat

    c. Ekonomi Melaka semakin bertambah pesat kerana semua perdagangan jajahan takluk dikehendaki melalui pelabuhan Melaka sahaja

    d. Melaka juga menjadi semakin kaya dengan pemberian ufti wilayah
    jajahannya.

    ___________________________________________
    Kawasan jajahan Bentuk ufti
Klang, Bernam, Perak 40,00 calains setahun
dan Jugra
Kampar, Inderagiri dan 40 kati emas
Pahang

Lingga, Rokan 40 buah perahu dan lancanabersama hulubalang Tunggal dan Rupat _________________________________________________
e. Melaka muncul sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara

2. Penaklukan dan perluasan kuasa menjadikan Melaka semakin kuat dan maju
kerana kerajaan Melaka dapat menguasai kekayaan wilayah yang diajajah dan
ditaklukinya

3. Perluasan kuasa ini juga membolehkan agama Islam dapat disebarkan ke wilayah-
wilayah yang di bawah kuasa Melaka


4. Melaka juga telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan merupakan
penyambung keagungan kerajaan Srivijaya

5. Melaka telah muncul sebagai kuasa teragung di Selat Melaka

6. Keadaan ini adalah disebabkan Melaka mempunyai ramai pemimpin yang bijak dan
berwawasan serta mendapat sokongan daripada rakyat dan tentera

7. Sebagai seorang rakyat, kita seharusnya berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh
kerajaan Melaka

5 comments: